Tuesday, January 11, 2011

David Beckham Kembali ke EPL dan Victoria Hamil Anak Ke 4


LONDON: David Beckham memulakan sesi latihan bersama Tottenham, semalam dan kelab berkenaan berharap perjanjian pinjaman pemain itu dari Los Angeles Galaxy masih mampu diteruskan walaupun kelab Amerika Syarikat itu sudah menyatakan keengganan melepaskan bekas pemain England itu. 

Beckham yang berhasrat mahu menghabiskan cuti dua bulan Major League Soccer (MLS) dengan mewakili Spurs secara pinjaman, tetapi LA Galaxy enggan melepaskannya kerana tidak mahu bintangnya berdepan risiko kecederaan.
Bekas kapten England itu yang bakal menyambut kelahiran anak keempat bersama isterinya, Victoria musim panas ini, mengalami kecederaan tendon Achilles Mac lalu ketika mewakili AC Milan dan terpaksa berehat sehingga September, tahun lalu.
Pengendali Spurs, Harry Redknapp berkata, proses meminjam pemain itu menjadi sukar selepas isu jaminan serta kenyataan yang menyebut Beckham hanya akan berlatih bersama kelab Inggeris itu sepanjang tempoh rehat berkenaan. 

Bagaimanapun Redknapp masih menaruh harapan dengan mengatakan perjanjian itu masih boleh menjadi kenyataan, yang akan memberikan peluang kepada pemain tengah itu kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris selepas meninggalkan Manchester United pada 2003 untuk menyertai Real Madrid. 

“Saya harap ia masih mampu dilaksanakan. Perbincangan masih berjalan,” kata Redknapp selepas Tottenham menewaskan Charlton 3-0 dalam saingan Piala FA kelmarin. “Sebelum ini saya beranggapan isu jaminan sebagai penghalang, tetapi sebenarnya ia berkenaan pembayaran gaji Beckham.” - AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...