Tuesday, January 11, 2011

Perhatian Kepada Semua Wanita!!

Laporan akhbar Berita Harian hari ini perlu diambil ikhtibar kepada semua wanita di mana-mana tempat, tidak kira dimana pun anada berada haruslah berhati-hati kerana malang tidak mengenal mangsa. Mungkin juga suatu hari, anda menjadi mangsa samun.

Seperti laporan hari ini, mangsa samun penjenayah adalah wanita dan tempat kejadian adalah di bank. So berhati-hati lah.


BUKIT BERUNTUNG: Penduduk beberapa kawasan perumahan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dekat sini bimbang untuk berurusan dengan sebuah bank di Jalan Melati berikutan wujud sekumpulan penjenayah menyamun pelanggan wanita yang mengeluarkan wang di bank itu, yang semakin berleluasa sekarang.
Penjenayah dikatakan menggunakan modus operandi sama iaitu menyamun mangsa terbabit dengan mengekori mereka menaiki motosikal hingga ke rumah dengan kes terbaru berlaku membabitkan dua mangsa, minggu lalu.
Mangsa, Norhasimah Harun, 43, berkata kejadian berlaku Jumaat lalu apabila beliau bersama rakannya disamun di kawasan perumahan Taman Adenium, pada jam 12.30 tengah hari. 

Katanya, penjenayah dipercayai menjadikan beberapa restoran di Jalan Melati sebagai lokasi mereka melepak untuk memantau mangsa khususnya wanita yang mengeluarkan wang di bank berkenaan. 

"Penjenayah menunggang motosikal bersama rakannya itu mengekori kami bermula dari bank hingga ke rumah. Mereka menggunakan palam pencucuh yang diubahsuai untuk memecahkan cermin kereta Proton Wira saya sebelum melarikan beg tangan berisi wang tunai RM800, Mykad, buku dan kad mesin ATM sebuah bank dalam sekelip mata," katanya kepada Sentral di sini semalam. 

Berikutan itu, beliau berkata, penduduk merayu polis membanteras segera kes berkenaan dengan kerap membuat rondaan di kawasan terbabit. Katanya, polis juga perlu membina pondok sementara di kawasan terbabit bagi membantu mengawasi keadaan semasa supaya kejadian sama tidak berulang. 
"Sebelum ini, kes samun itu berlaku di taman ini dua minggu lalu apabila penjenayah menyamun wanita yang baru pulang dari bank berkenaan, menyebabkannya kerugian RM300 dan hilang beberapa dokumen penting,” katanya. 

Sementara itu, Norhayu Hanafi, 27, berkata pengurusan bank berkenaan sepatutnya mengambil langkah keselamatan dengan menghebahkan kejadian yang berlaku kepada orang ramai supaya mereka lebih berwaspada. 

"Kejadian yang berlaku menyebabkan kami bimbang dengan keselamatan diri selepas berurusan dengan bank ini dan antara langkah yang diambil bagi mengelak kejadian itu termasuk menyimpan beg tangan di tempat selamat dan tersembunyi dalam kereta supaya gagal disamun penjenayah," katanya. 

Peniaga, Teh Pek Hua, 43, berkata orang ramai tiada pilihan, sebaliknya terus berurusan di bank itu kerana kemudahan berkenaan satu-satunya yang ada di Bukit Beruntung. 

"Saya takut dan bimbang berhubung kes penjenayah sering berkeliaran di kawasan ini untuk mencari mangsa terbaru. Penduduk berharap tindakan pantas anggota polis mengawal kawasan ini mampu mengekang masalah itu daripada berleluasa," katanya.

p/s: kaum lelaki juga tidak harus sambil lewa, tetap perlu berhati-hati.

2 comments:

fadhdeela said...

takutnyer!! tempat tu mmg bahaya la..bukit beruntung tempat dia byk yg sunyi.. takutnyer..

Meh singgah: Follower yg ke100

efa said...

waa..mula takut akan nk pi bank uhuk..bawa spray utk spry muka perompak tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...