SAN FRANCISCO 26 Jan. - Yahoo Inc sekali lagi akan mengurangkan jumlah pekerjanya dalam tempoh enam minggu, sementara pesaingnya Google Inc bersedia menambah bilangan kakitangan paling ramai tahun ini, sekali gus memperlihatkan haluan berlainan dua gergasi Internet itu.
Yahoo semalam berkata, pihaknya akan mengurangkan satu peratus tenaga kerja global yang kini berjumlah 14,100 menjelang akhir suku ketiga tahun ini, hanya beberapa minggu selepas mengumumkan pengurangan empat peratus atau 600 kakitangannya.
Google secara rasmi semalam melaporkan, syarikat itu akan mencatat rekod mengambil kakitangan baru lebih tinggi tahun ini berbanding 6,000 pekerja pada 2007 dan 4,500 orang pada tahun lalu.
"Saya sangat teruja tahun ini kerana kami bakal menambah bilangan kakitangan paling ramai dalam sejarah syarikat. Kami mencari pekerja baru di semua bahagian dan di seluruh dunia," kata Timbalan Presiden Kanan Kejuruteraan dan Penyelidikan Google, Alan Eustace.
Berita tentang pengurangan pekerja terbaru Yahoo itu dibuat sebelum syarikat media Internet itu dijangka mengumumkan laporan kewangan suku keempatnya selepas pasaran ditutup semalam, dengan penganalisis menjangkakan pendapatannya merosot sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun lalu.
Jurucakap Yahoo, Dana Lengkeek berkata, langkah mengurangkan jumlah pekerja itu dibuat sebagai strategi syarikat bagi membolehkannya mencapai pertumbuhan pendapatan bersih serta pengembangan margin selain terus mengupah pekerja bagi menyokong bahagian penting syarikat. - Reuters
sumber Utusan Malaysia
Aku nak ucapkan tahniah kepada Malaysia kerana pembukaan pejabat operasi Google di Kuala Lumpur. Ini menunjukkan pengguna Internet di Malaysia semakin berkembang dan Malaysia kini menjadi pilihan syarikat gergasi internet ini. Tahniah...
p/s: bagi aku, aku lebih prefer google.. bagi aku google lebih mudah dan lebih menarik, sekarang ni pun aku gunakan Google Chrome, go Google go!! hahaha
1 comment:
tahniah buat Malaysia sebab buka pejabat operasi Google di Kuala Lumpur.yey malaysia kian maju skrg :)
Post a Comment