Showing posts with label Yahoo. Show all posts
Showing posts with label Yahoo. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Model Honda City dan Jazz dipanggil balik

Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010, bagi menggantikan “lost motion springs” dan “retainers” bagi kesemua kenderaan terbabit.



Dalam satu kenyataan hari ini, Honda berkata, “lost motion springs” yang dimampat oleh “rocker arms” dalam enjin biasa, mungkin bengkok atau pecah menyebabkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti.


Ia berkata, setakat ini belum ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan bersabit isu ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, syarikat itu sedang menyediakan alat ganti.

Pemeriksaan dan penggantian akan dilakukan apabila alat ganti diperoleh, dan semua caj berhubung penggantian alat itu akan ditanggung oleh syarikat.” katanya. - Utusan


The 12 writing rules you'll ever need

This is the 12 writing rules you'll ever need



  1. If you write every day, you get better at writing every day.
  2. If it's boring to you, it's boring to your readers.
  3. Get a writing routine and stick to it.
  4. Poetry does NOT have to rhyme.
  5. Resist stereotype, in real life and your writing.
  6. Writers read. Writers read a lot.Writers read all the time.
  7. Make list of your favorite words, and books, and places and things.
  8. There doesn't always have to be a moral to the story.
  9. Always bring your notebook. Always bring a spare pen.
  10. Go for walks, dance, pull weeds. Do the dishes. Write about it.
  11. Don't settle on just one style. Try something new!
  12. Learn to tell both sides of the story.

Write something! : )

Sharing is Caring


Saturday, January 29, 2011

Kaitan Antara Doktor, Islam dan Logik

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak 

"Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan"


Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah. 
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:- 

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? 

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. 

Mengapa menghisap garam? 
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. 

Kenapa garam? 
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. 

1.  Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. 

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. 

3. Membaca Basmalah - (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. 

4. Cara Rasulullah minum - Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. 

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. 
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. 

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? 

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibodi yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. 

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibodi yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. 

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. 
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube)? Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian olehpara cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana iadiumpamakan,seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijakyang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut. 

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah


Taken from somewhere


Sharing is caring


p/s: simpan dalam draf dah agak lama...dah lupa source



Friday, January 28, 2011

Google maju setapak lagi..

Google meningkatkan pelaburannya dalam dunia hiburan dalam talian semalam dengan pembelian syarikat penyedia perkhidmatan yang menumpu kepada sembang mengenai filem dan menghubungkan selebriti dengan peminat.

Satu kenyataan di blog Google di YouTube mengumumkan pembelian fflick, satu perkhidmatan yang mengumpul mesej Twitter berhubung reaksi positif dan negatif mengenai filem.

''Terdapat perbualan menarik yang berlaku pada setiap masa di YouTube.com dan komen-komen yang berpotensi untuk menambah baik pengalaman ketika menonton video di YouTube,'' kata Pengurus Produk Kumpulan, Shiva Rajaraman.

Katanya, sebagai sebahagian daripada YouTube, pasukan fflick akan membantu menghubungkan video-video terbaik yang dibincangkan di semua laman web dan memberikan peluang untuk seseorang itu turut menyertai perbincangan itu.

fflick yang berpangkalan di California, dilancarkan enam bulan lalu oleh bekas kakitangan Digg.
Google tidak menyatakan harga pembelian perkhidmatan yang dikatakan berjumlah kira-kira AS$10 juta (RM31 juta).
SayNow, satu program baru diasaskan pada 2005 dan berpangkalan di bandar Silicon Valley, Palo Alto berkata, perkhidmatan itu telah dibeli oleh Google.

''Melalui laman web, telefon pintar dan talian kekal, produk kami mengumpul pelbagai komuniti bersama melalui satu suara.
''Google mempunyai produk suara yang terbaik di dunia, kami percaya penggabungan dengan pasukan Google Voice akan membantu kami mencari inovasi dan bidang baru,'' tambah perkhidmatan itu dalam satu blog semalam.

SayNow mendakwa lebih 15 juta pengguna dan beribu-ribu selebriti menggunakan produk dan platformnya. - Utusan


Thursday, January 27, 2011

Attention to All Muslim : Its all about pig

Salam, semasa aku kebosanan tak tahu nak buat apa, aku terjumpa satu artikel disini tentang kegunaan setiap organ khinzir @ babi dan aku rasa tak semua orang tahu tentang perkara ini, 

So aku nk kongsikan disini supaya kita umat Islam tidak terbeli atau terguna dengan barang-barang yang mungkin di buat menggunakan organ babi ini. 

Klik pada gambar untuk tumbesaran

Selepas ini, kita kena lebih berhati-hati dengan setiap pembelian barang kegunaan harian kita dan semoga hidup kita dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT. Amin.

Wallahualam

Sharing is caring

Haluan Berbeza Gergasi Internet : Yahoo dan Google




SAN FRANCISCO 26 Jan. - Yahoo Inc sekali lagi akan mengurangkan jumlah pekerjanya dalam tempoh enam minggu, sementara pesaingnya Google Inc bersedia menambah bilangan kakitangan paling ramai tahun ini, sekali gus memperlihatkan haluan berlainan dua gergasi Internet itu.

Yahoo semalam berkata, pihaknya akan mengurangkan satu peratus tenaga kerja global yang kini berjumlah 14,100 menjelang akhir suku ketiga tahun ini, hanya beberapa minggu selepas mengumumkan pengurangan empat peratus atau 600 kakitangannya.

Google secara rasmi semalam melaporkan, syarikat itu akan mencatat rekod mengambil kakitangan baru lebih tinggi tahun ini berbanding 6,000 pekerja pada 2007 dan 4,500 orang pada tahun lalu.

"Saya sangat teruja tahun ini kerana kami bakal menambah bilangan kakitangan paling ramai dalam sejarah syarikat. Kami mencari pekerja baru di semua bahagian dan di seluruh dunia," kata Timbalan Presiden Kanan Kejuruteraan dan Penyelidikan Google, Alan Eustace.

Berita tentang pengurangan pekerja terbaru Yahoo itu dibuat sebelum syarikat media Internet itu dijangka mengumumkan laporan kewangan suku keempatnya selepas pasaran ditutup semalam, dengan penganalisis menjangkakan pendapatannya merosot sebanyak 5.6 peratus berbanding tahun lalu.

Jurucakap Yahoo, Dana Lengkeek berkata, langkah mengurangkan jumlah pekerja itu dibuat sebagai strategi syarikat bagi membolehkannya mencapai pertumbuhan pendapatan bersih serta pengembangan margin selain terus mengupah pekerja bagi menyokong bahagian penting syarikat. - Reuters


sumber Utusan Malaysia

Aku nak ucapkan tahniah kepada Malaysia kerana pembukaan pejabat operasi Google di Kuala Lumpur. Ini menunjukkan pengguna Internet di Malaysia semakin berkembang dan Malaysia kini menjadi pilihan syarikat gergasi internet ini. Tahniah...

p/s: bagi aku, aku lebih prefer google.. bagi aku google lebih mudah dan lebih menarik, sekarang ni pun aku gunakan Google Chrome, go Google go!! hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...