Showing posts with label Honda. Show all posts
Showing posts with label Honda. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Proton & Honda : Bekerjasama Hasilkan Motorsikal ?

Aku tak tahu motor ni diberi nama apa tapi nampak bentuk dan gaya macam Honda EX5, motor ni aku terjumpa masa keluar weekend yang lepas. Yang menariknya pasal motor ni, lambang kedua-dua pengeluar kenderaan ada pada motor ni. Sukar untuk kita jumpa dua syarikat berkongsikan keluaran model yang sama.. hehe.. Sini aku letakan gamba yang aku dah ambik.. : p


Badge Proton lama. Sila abaikan no plat..

p/s : Just for fun..dont take it to heart...peace!!
kalau betul pn apa salahnya kan? bagus tuk kedua-dua syarikat kalau motor keluaran laris..

Friday, February 25, 2011

Rekod 12 Tahun Litar Sepang Dipecahkan oleh Casey Stoner

Selepas 12 tahun dan menjadi gelanggang perlumbaan MotoGP dan beribu-ribu pusingan dibuat oleh para pelumba, akhirnya rekod terpantas di Litar Sepang berjaya dipecahkan oleh pelumba Australia, Casey Stoner pada sesi ujian kedua musim 2011 di sini hari ini.


Sebelum ini belum pernah ada pelumba yang berjaya mencatatkan masa di bawah dua minit di litar tersebut tetapi Stoner yang mewakili Repsol Honda membuat kejutan apabila mencatatkan masa 1 minit 59.665 saat pada pusingan kedua di litar sepanjang 5.543 Km itu.

Seminit kemudian, rakan sepasukannya, Dani Pedrosa juga mencatat masa di bawah dua minit pada pusingan ketiga walaupun catatan masanya masih di belakang Stoner.

Pelumba Sepanyol itu merakamkan masa 1 minit 59.803 saat untuk menduduki tempat kedua bagi memastikan penguasaan dua tangga teratas milik pasukan Repsol Honda.

Seorang lagi pelumba Honda, Marco Simoncelli daripada pasukan San Carlo Honda Gresini yang merupakan pelumba terpantas pada sesi ujian pertama pada awal Februari lalu berada di tangga ketiga dengan masa 2 minit 0.163 saat.

Pada hari yang turut memperlihatkan juara bertahan, Jorge Lorenzo terjatuh, juara dunia sembilan kali, Valantino Rossi kembali ke atas trek selepas sembuh daripada demam. Dia sekadar menduduki tempat ke-11 terpantas.

Rossi mencatat 2 minit 1.469 saat, hampir menyamai masa yang dilakukan oleh rakan sepasukan barunya dari Ducati Marlboro Racing, Nicky Hayden.

Lorenzo terjatuh pada selekoh keempat, namun pantas kembali bangun bersama jentera Yamaha M1 untuk menuju ke pit. Pelumba Yamaha Factory Racing itu berada di tempat ketujuh. - Utusan



Thursday, February 17, 2011

Model Honda City dan Jazz dipanggil balik

Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010, bagi menggantikan “lost motion springs” dan “retainers” bagi kesemua kenderaan terbabit.



Dalam satu kenyataan hari ini, Honda berkata, “lost motion springs” yang dimampat oleh “rocker arms” dalam enjin biasa, mungkin bengkok atau pecah menyebabkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti.


Ia berkata, setakat ini belum ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan bersabit isu ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, syarikat itu sedang menyediakan alat ganti.

Pemeriksaan dan penggantian akan dilakukan apabila alat ganti diperoleh, dan semua caj berhubung penggantian alat itu akan ditanggung oleh syarikat.” katanya. - Utusan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...