Monday, January 10, 2011

Tips: Jom Mulakan Hari Kita Dengan Cara Ini

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, kita juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang semalam.

02. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang kita mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. 


Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan tenaga negatif lalu menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari.


03. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM atau mana-mana sesi motivasi. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, kita menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


04. Dalam Apa Jua Yang Kita Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila kita mula punch card nak masuk kerja (baca: untuk yang bekerja), baca bismillah, moga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat kita lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas beteri’ saja. Andai kata kita seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi kita dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang kita lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat kita mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, kita punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!


05. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup kita bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.


Mulai hari ini, ubah sikap kita. Set target apa yang kita mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai kita seorang pelajar, set target berapa bab yang kita nak ulangkaji, berapa buah buku yang kita nak baca dalam minggu ni, berapa soalan kita nak bertanya pada lecturer atau guru kita nanti. 


Andai kita seorang usahawan, set target berapa jualan yang kita nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang kita nak dapat hasil dari bisnes kita. Set juga apa yang kita nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes kita. Andai kita seorang pekerja, set berapa tugas yang kita nak siapkan dan set limit masa untuk kita menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


06. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni memang berkesan. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood kita menjadi positif.


Harap dapat membaca warna dengan betol,

07. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. 


Kesannya, kita jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, kita jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Kita mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Sharing is Caring

Credits to owner (sorry, lupa link, dah lama simpan artikel ni)

p/s: hari ni jadi pakar motivasi sekejap..hehe.. untuk gambar warna-warna diatas korang cuba sebut warna, bukan membaca perkataan. Ada yang tersilap?? : p

6 comments:

efa said...

no 5 tu tak nah fikir lak..huhu

Ezal R said...

fikir2 kan lah selepas ini...

farah said...

akan diaplikasikan.

cheery said...

thanks post pasal benda ni.useful!

Ezal R said...

sama-sama kita aplikasikan dalam kehidupan seharian ...

Wanz Mejuez,
Thank you for inviting me.. :)

NAS said...

interesting ! pepagi kena tengok warna cerah2 eh, pas nih nak mintak pengetua kolej pasang lampu warna merah kat bilik kita... hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...