Monday, February 28, 2011

Dr M : Proton Tak Rugi

Prestasi kewangan Proton Holdings Bhd dijangka bertambah baik di dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas selesai melaksanakan eksersais penstrukturan semula bahagian kereta sportnya, Lotus Group International Ltd, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. 



"Proton tak rugi, dia untung, tapi keuntungan proton kurang kerana kerugian lotus."
"Sebelum kita dapat menstruktur semula, tentu ada kerugian," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Penasihat Proton kepada pemberita pada Forum Bioteknologi 2011 di sini hari ini.


Pengeluar kereta nasional itu mencatatkan kerugian pracukai RM51.535 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember, 2010 berbanding dengan keuntungan pracukai RM82.958 juta pada suku yang sama sebelum ini yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan semula dan perbelanjaan penstrukturan semula yang dialami oleh bahagian kereta sportnya. 

Perolehan bagi suku itu merosot kepada RM1.833 bilion daripada RM2.013 bilion. 
Syarikat itu melaporkan kemerosotan keuntungan yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan yang lebih tinggi serta perbelanjaan penstrukturan semula yang ditanggung oleh Lotus Group. 

Sebagai sebahagian daripada pelan transformasi bagi memulihkan Lotus, kumpulan itu mulai melabur dalam rasionalisasi rangkaian pengedar dan aktiviti penjenamaan bagi melaksanakan pelan perniagaan lima tahun itu. 
Kumpulan itu mengalami jumlah jualan domestik lebih rendah dan peningkatan perbelanjaan promosi dan pemasaran oleh satu anak syarikat utama semasa suku ketiga. - Berita Harian




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...