Showing posts with label Volkswagen. Show all posts
Showing posts with label Volkswagen. Show all posts

Friday, February 25, 2011

3 Tahun Diharamkan Memasuki Venice

Sebuah kereta dipandu melalui jejantas yang khas untuk pejalan kaki bagi menyeberangi terusan air di bandar ini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta Volkswagen Polo itu melalui jejantas tersebut pada awal pagi.

Bagaimanapun, empat orang berusia dalam lingkungan 20-an yang berada di dalam kereta itu memutuskan untuk mengambil jalan pintas dengan melalui jejantas tersebut.
Satu rakaman kamera litar tertutup merakamkan pergerakan kereta tersebut yang melalui jejantas itu.
Keempat-empat orang itu ditangkap polis semasa mereka kembali untuk menaiki kereta tersebut selepas bersiar-siar di kawasan berhampiran.
Semasa disoal siasat, keempat-empat orang itu memberikan alasan jejantas itu digunakan kerana mereka mahu menemui rakan dalam tempoh yang singkat.
Pihak berkuasa kemudian melarang mereka kembali ke Venice selama tiga tahun disebabkan perbuatan tersebut. - Kosmo

p/s: saje cari nahas..tak pasal-pasal kena haram 3 tahun

Friday, January 28, 2011

Volkswagen XL1 Super Efficient Vehicle



Pengeluar kereta terkemuka Eropah, Volkswagen mempamerkan kereta paling jimat minyak di dunia dalam Pertunjukan Kereta Qatar malam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta itu mampu bergerak sejauh 504 kilometer dengan hanya menggunakan 3.78 liter minyak diesel.
Dikenali sebagai XL1 Super Efficient Vehicle, ia cuma mengeluarkan 38 gram gas karbon dioksida bagi setiap 1.6 kilometer dan bakal menjadi pilihan kepada golongan yang mementingkan alam sekitar.
Kereta itu menggunakan enjin diesel TDI dua silinder bersesaran 800cc yang disambungkan dengan satu motor elektrik.

Kereta kompak dua tempat duduk itu hanya seberat 795 kilogram dan dibina menggunakan polimer gentian karbon yang diperkuatkan.
Ia memiliki kelajuan maksimum 159 kilometer sejam (km/j).
Bakal dijual pada tahun 2013, XL1 hanya sepanjang kurang empat meter, sama panjangnya dengan model Volkswagen Polo dan setinggi 1.18 meter.
Pengerusi Volkswagen, Dr Martin Winterhorn menyatakan XL1 akan mula dijual di Britain dan Jerman pada harga yang berpatutan.
Bagi mengurangkan beratnya, XL1 menggunakan material yang ringan seperti magnesium pada rodanya, brek cakera seramik dan aluminium untuk komponen penyerap hentak, sistem stereng serta angkup brek. - kosmo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...