Saturday, September 19, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H
So, secara automaticnye, mlm ni jd malam raya dan ad sesuatu ayat lazim yg ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia.
Seluruh dunia????... hohohoh..
mmg la seluruh dunia, tp lain negara lain la care..xde mengikut cara Malaysia..
"Adalah saya penyimpan mohor besar Sultan dan Raja2, setelah diperkenankan oleh DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong, dgn ini mengishtiharkan tarikh hari raya aidilfitri pada tahun 2009 bersamaan 1430H jatuh pada......."( letih la plak aku nk sambung sampai abes, panjang sgt).
Itulah ayat lazim yg dis tunggu-tunggu oleh semua orng.. kn? kn?..hahaha
Oleh itu, aku disini ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua org yg aku ad wat salah(termasuk sume mmber aku n .....) sama ada secara sengaja atau tidak sengaja..
0-0 yer...(klu xckup aku tmbah 10 jari kaki plak..hahah)
Thursday, September 17, 2009
The Show
ari ni merupakan ari terakhir aku praktikal...
besh-besh.....
sedey pun ad..
tp lebey pada besh kot(ntah la hahah)...
anyway, kt sini aku nk tempekkan gambar2 perjalanan aku selama 5 bulan LI(cewahh hahha)...
bley kate tiap ari la aku lalu jln2 ni..( ari jumaat n sabtu xler, just ari keje jer k)
aku sbnarnya sambut seruan wan aka kaka tuk show2 ni..haha
ok, back to the story,
jln2 kt ni mmg aku igt da..pejam mata pon bole..hahah
siap aku da bley hafal ag da..
kt mana jln ada lubang, kt mana ada lopak...
traffic light pon aku da bley hafal..
mana yg gerak dulu(lampu hijau) n mane yg tak(lampu merah)...
hebat x?...(bangga seketika)...hahahaha...
lepas ni aku da xlalu da jln2 ni waktu pagi...
coz aku da xperlu bgn awl n mandi pepagi buta tuk g keje(sllunye lewat jer bgn,saje nk tunjuk kunun hebat)...hahha
jom kite tgk gamba...
yg plastik2 tu pelita(da nk raya la katakan)..hahaha
ni plak jln raya depan umah aku..
tiap2 pg aku menongkah arus..
u-turn jauh sgt...hahha
ni la sekolah rendah aku..
da ad bgnan tinggi2..dulu xde pon..huhu
yang ni plak jln raya kt tgh2 sawah,
kiri kanan jalan sawah jer...
tmpt yg same ngn jln kt atas..
tp ni gamba semlm
aku amik..time nk ujan..
so gelap la skit,korang suluh sndri yer,haha
skng ni time padi ngh amik sbb tu nmpk cam ad lopak kt ctu...
ni pintu gerbang sekolah menengah aku..smkj..
ni kilang beras ape ntah,aku pon xtaw...hahah
orng yg nek moto tu bukan cerap k..hahah
ha! kt sini la kete makin byk..sume nk g keje..
cube tgk moto tu, ngh pecut tu..
sbb time ni da kul 8.00 pg da..hahha
kem tentera baru yg hampir siap dibinamasa aku ngah nek moto slow sambil menhirup udara yg segar..hahha
tiba2 aku ternampak banner ni..
sejak bila plak azri aka tomato ad kedai besi??..hahha
ni plak kolej tentera udara n kem TUDM..
ni la jenis kapal terbang pilatus yg terhempas kt langkawi ari tu..
kt sini la tiap2 pg dorang wat latihan terbang...
nk jd pilot kapal terbang aku la tu nanti..ops! terperasan plak.. hahha
airport lama yg da terbiar..
anty tu rajin la plak nk sapu sampah kt situ..
byk daun yg luruh la anty oi, larat ke sapu sensorang, klu nk cerap ley tlg...hahaha
airport baru dr jauh..duk tgh2 sawah ooo....
kaka n tomato mesti jelez xde epot..hahah
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dr jauh..
tempat aku praktikal...
bak kata kaka,building not bangunan k..
building baru tu..hahha
da nk sampai ofis aku..
yg ad kubah tu la ofis aku...
mahkamah beb! haahaha
ni la lorong yg aku lalu tiap2 pg,bwh jambatan...
aku kna wat u turn bwh jmbatan tuk ke ofis aku..
nk sampai da,building yg gah berdiri sebelah kiri tu la ofis aku...hahha
kepada cerap,tolong beri laluan pada moto aku tuk parking k!..haha
ok, skang jom tgk bahagian tmpt aku keje plak..
cerap ngh 'wat keje' mendonlod..
budak ni kunun2 ngah wat keje..
posing jer tu..hahhaha
ni la tempat aku..heheh
Wednesday, September 16, 2009
1Malaysia F1 Team
PEMINAT Formula Satu (F1) tempatan bakal menyaksikan penampilan pasukan dari Malaysia pada perlumbaan kereta paling berprestij di dunia itu tahun depan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang memaklumkan bahawa pasukan berkenaan diberi nama 1Malaysia F1 Team.
Najib berkata, projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan AirAsia.
Najib yang juga Menteri Kewangan 1 berkata, tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan S.M Nasarudin S.M Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut.
Mike Gascoyne yang pernah berkhidmat bersama pasukan Force India, Toyota, Renault dan Jordan pula akan bertanggungjawab selaku Pengarah Teknikal.
"Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pit stop pun rakyat Malaysia," katanya di Kementerian Kewangan di Putrajaya semalam.
Beliau berkata, 1Malaysia F1 Team akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai untuk menggalas cabaran pada perlumbaan F1 nanti.
Tambahnya, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohonan Malaysia untuk menyertai perlumbaan F1 tahun depan.
Ditanya berhubung jumlah bajet tersebut dan pelaburan kerajaan, Najib berkata: "Pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton."
Beliau menyifatkan projek tersebut tidak membazir kerana ia akan memberi elemen pemasaran yang besar kepada negara apabila menyertai kejohanan F1 itu.
"Kalau kita nak eksport Proton, kita kena tentukan jenamanya mantap, ada elemen pemasaran yang mantap.
"Ia bukan kegiatan sukan semata- mata kerana ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia serta jenama AirAsia dan Naza juga dapat dipopularkan," katanya.
Pada masa ini, enam pemandu tempatan dan antarabangsa telah disenaraikan untuk dinilai dan pasu- kan itu dijangka mengumumkan dua pemandunya penghujung bulan depan.
1Malaysia F1 Team mendapat namanya daripada konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan yang diilhamkan oleh Najib pada Jun tahun ini.
Untuk rekod, Malaysia telah menyertai F1 sejak 1999 dan akan menjadi hos GP Malaysia ke-11 tahun depan.
Petronas, pengeluar minyak terbesar juga telah banyak mencatat kejayaan dalam arena ini melalui penajaan pasukan BMW Sauber sejak empat tahun kebelakangan ini. - Bernama
Grab from Kosmo!..credit to Kosmo!
P/s: harap-harap Malaysia berjaya la ek...
Mula-mula maybe ad sesetengah org akn bangkang,
tp kite kne berfikiran jauh...ad kebaikan n keburukan gak..
same2 kite berdoa k..
insyaallah Malaysia berjaya..
Good Luck For The Team!!
Tuesday, September 15, 2009
Sampul Duet Raya
kepada semua umat Islam...
ada something yang aku rase aku perlu publish kt sini...
even aku da forwordkn emel kt mmber2 emel aku...
kepada semua umat Islam yang bakal menyambut bulan syawal pada masa yang terdekat ini...
Kat sini aku ingin berkongsi sesuatu info bersama yg aku rasa sgt penting kepada sesiapa yang masih belum membeli sampul duit raya lagi.
Ada satu pihak (yg aku rasa semua org taw pihak mana) suka-suki nk menyakitkan hati kite (nk pesongkn akidah umat Islam punya pasal)
kes ni bley dikire agak membahaya & sgt sensitif la...
sgt melampau..
dorang taw orng Islam da nk sambut raya..
dorang punye jahat sampai SAMPUL DUIT RAYA PUN NK LETAKKAN GAMBA ADA TANDA SALIB,(atas masjid lak tu)
kt bawah ni aku tempekkn gamba2 sampul tu...
korang cuba tgk btol2...
ada lambang salib
FISABILILLAH....
Sunday, September 13, 2009
Gejala-Gejala Semasa Berpuasa
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter)
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok
Fasa-fasa puasa yang berjaya:
- Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
- Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
- Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
Amalan Hari Raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik
Aku akhiri dengan sabda Rasulullah S. A. W. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."
~Wallahua'lam~
Sunday, September 06, 2009
Saturday, September 05, 2009
Dua Insan
Salam...
tajuk kali ni agak laen dr post2 aku yg seblm ni...
klu orng tgk post yg sebelum ni,
aku ad gtaw yg aku ad nk cite something kn....
cite pasal kejadian yg berlaku sebelum aku n Ryoki p penjara...
Dua insan...
bernama lelaki dan perempuan...
masa bercinta sume bnda indah...
sanggup wat ape saje...
asalkan pasangan masing2 bahagia..
pegi mane pon klu boleh nk berdua jer..
kata-kata sume manis jer..
masa susah...
masa senang...
sume nk hadapi bersama...
nk idup bersama....
tp dua insan ni pernah x terfikir ttg ape makne kehidupan yg sebenar?
kehidupan yg penuh dgn dugaan, cabaran dan masalah...
suma itu xpenting ke masa bercinta?..
atau sekadar dipandang sebelah mata?..
dua insan bercinta...
bila masalah besar datang menimpa...
masing-masing akan cuba untuk selamatkn diri...
dah xingat dah janji2 manis dulu...
yg penting dapat selamatkn diri...
itu ke makne cinta yg sebenar?
masa mula bercinta, suma sanggup..
bila ad masalah, masing-masing mula nk tunjuk belang yg sebenar...
tinggalkn pasangan semata2 nk selamat kn diri sendiri..
yg xboleh dimaafkan tu, sanggup pentingkan keje dr family sndiri..
keje lebih penting dr isteri, anak?
suami apakah macam ni?...
ape yg aku bangkitkn kt sini ad sebab...
kejadian yg aku anggap lelaki itu xlayak jd suami ataupun ayah...
kejadian yg baru2 ini jd kt mahkamah(tempat aku praktikal)...
ad 2 lelaki dgn 2 perempuan...
dorang ni dihadapkn ke mahkamah atas kes khalwat sejak tahun 2007...
tp baru2 ni mahkamah jatuhkn hukuman kt dorang n dorang ni da kawen da..
dorang kena bayar denda yg boleh dikirakn agak tinggi la..
sepasang boleh bayar...
tp sepasang lagi tak(lelaki X dan perempuan Y)...
so jawabnye penjara la...
sebelum dibawa ke penjara..
lelaki X dgn sorang lelaki lagi td cuba nk lepaskn diri sndiri...
rela isteri dorang masuk penjara...
lelaki2 ni cuba nk tukar kn nama isteri lelaki pertama dgn nama lelaki X td,
alasan dorang wat macam tu sbb kerja...
dorang lebey pentingkan keje dorang dari family..
yg aku xsangka, lelaki X td sanggup biarkan isterinya, perempuan Y masuk penjara...
for information, perempuan Y tu baru lepas pantang 5 hari..
anak dorang kecik lagi..
lelaki x tu xfikir kn ke anak dorang yg masih kecik tu?..
bile pegawai mahkamah mengaju soalan tu kt die..
die dgn selamba jawab,..
"xpe, biar jer anak tu... keje kami lebih penting"..
bile dgr macam tu pegawai mahkamah tu punye la sakit ati...
sanggup biarkn isteri dan anak dia macam tu...
layak ke lelaki X tu jd suami n ayah?
......
harap2 lepas die kuar dr pnjara naty,
die insaf n lebih bertanggungjawab...
huhu....
(p/s: aku still sakit ati ngn ape yg lelaki x tu kate)
Thursday, September 03, 2009
Penjara Pokok Sena
Salam....
semalam aku mendapat pengalaman baru praktikal kt sini..
aku n Ryoki ikut orang-orang Majlis Agama Islam Kedah ke Penjara Pokok Sena(dekat ngn umah ryoki..)
kami kene mengiringi OKT(orang kena tuduh) yg telah dijatuhi hukuman...
kes dorang ni kes khalwat tahun 2007...
tp bru skng dorang di bicarakan oleh sebab2 tertentu,
dorang pon da kawen n ada anak yg bru jer dilahirkan 2 bulan lebey..
OKT lelaki ni seorang tentera n berasal dari negeri pantai timur..
rasenye aku xperlu kot specifickn negeri mane..
OKT perempuan plak xkeje kot rasenye n berasal dr Sg. Petani...
dorang ni sepattnye kene byar denda jer,RM 800 sorang...
xde la sampai kne masuk penjara...
tp dorang ni xde duet nk bayar,
so, waran masuk penjara terpaksa la dikuarkan...
mase on the way nk ke van majlis agama tu...
OKT lelaki tu cube nk lengah2 kan masa,
member die ramai datang mahkamah,
tp sorang pn xde cube nk tolong pinjamkn duet..
mase ni la kite leh taw sape yg betol2 kawan..
bile ktorang da on the way nk ke penjara,
berlaku la drama sebabak skit..
Ryoki duduk sebelah dorang n aku plak duduk depan..
ryoki pon dgr n nampak la ape yg berlaku..
OKT perempuan tu cam bengang jer ngn suami die tu..
muke masam jer mase nk g penjara..
si suami ni pnye la pujuk perempuan tu...
peluk la.. pegang tgn la,nk pujuk punye pasal(Kata-kata dr Ryoki)...
mase die duk pujuk2 tu..
aku plak ngh menahan kepeningan kepala..
sbbnye jalan nk g ke Penjara Pokok Sena tu punye la 'best'...
macam naek kuda pon ad.. kete drift pon ad..hahaha..
bile ktorang sampai jer kt penjara,
byk la plak prosedur...
kne step by step..
ada pemeriksaan kesihatan la...
ada proses tukar baju banduan la..
proses pendaftaran pon ad..
(aku igtkn just masuk kn jer dorang trus camtu..)
agak lama gak la aku n ryoki tunggu..
huh!! da la panas..camne la dorang leh duk lame2 kat situ..huhu
cube bayangkn, ktorang g anta kul 2, balik ofis pn time da nk balik da..
huhuhu...
then ble balik dari penjara,
skali lagi kami kene menahan kepeningan kepala...
(dalam ati duk kutuk2 jalan kt pokok sena tu..hahha)
emm..sebenarnye ad lagi ceritera n kejadian2 laen..
kejadian yg agak menyakitkn ati sume orng kt mahkamah..
tp aku akan ceritakn kejadian2 tu dalam post seterusnye..
untuk sementara ni, ni jer citer aku..
kt bawah ni gamba2 kejadian:
Wednesday, September 02, 2009
2 More Weeks!!
Assalamualaikum...
da lama aku x update ape2, lebey kurang smggu...
bukan malas or ape.. cume have no idea nk post ape..hehe
berbalik kepada tajuk post kali ni...
Yes!!tggl lg 2 mggu tuk aku menamatkan kerja tanpa gaji a.k.a praktikal...
hahahaahah...
macam2 perasaan ad...
suke...
sedey...
tension...
bley kate sume perasaan ad lah...
aku suke sbb ape??
lps praktikal ni, raya..hahhahaha..
sape xsuke raye kn.. mknan pon sedap2..hehehe (igt nk mkn je aku ni)
pastu da xpayah bgn awl2 pg buta tuk siap2 g keje da..
skng ni tiap2 pg aku rase malas sgt nk dtg keje...
sllu dtg keje pon lewat..(tp punch card ttp xmerah macam kaka..hehehe)
yg sedey nye plak...
hurmm..nape ek aku sedey??
nth.. aku pon xtaw aku sedey nape...
hahahhahahahah....
Tension plak...
semakin dekat ari nk abes praktikal..
aku makin tension..
sbbnye, keje yg aku kne wat ni xsiap2 ag..
aritu da wat presentation kt bos,..
then die mintak tambah macam2 maklumat ag..
huh! da la skng ni pon da byk maklumat yg da ad...
hurm.. naseb baek la die bos...klu x, mmg xnk wat da...hehehe
bosan ar.... aku asek mengadap wat benda ni jer...
hurmm, pastu ad lg keje yg aku kne wat slen bnde ni..
tp aku rasa aku sempat wat sume ni...
insyaallah...hehehe
(p/s:emmm.. aku sbnrnye xde ape nk post..hehehe)