Thursday, September 30, 2010

Memikat Lelaki

Info kali ini mungkin memberi sedikit manfaat ataupun faedah kepada wanita @ perempuan yang mungkin tercari-cari tips atau cara memikat. Maybe sesetengah orang sudah tahu tentang hal ini, tetapi tidak semestinya tahu secara terperincikan? Kali ini aku sharekan dengan korang pasal hal memikat ni.. aku pun tak tahu sangat hal ni, tapi bila terjumpa, teringin pulak nak share mana tahu ada antara korang yang masih single ni yang berminat.

Terdapat pelbagai cara atau tips yang boleh kita cuba dapatkan dalam internet, tapi apa yang aku nk sharakan disini adalah apa yang aku terjumpa masa blog walking.

Tips taken from here


Cara atau Tips Memikat Lelaki

# Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.

# Berpewatakan menarik (Personaliti yang mampu mengugat hatinya).

# Jujur dan sentiasa merendah diri.

# Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.

# Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (terpulang kepada individu).

# Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

# Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.

# Jangan terlalu mengongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Lelaki juga perlu wanita yang pandai berdikari. Tetapi jika dia sudi menolong apa salahnya. Tetapi jangan memaksa dan selalu sehingga menyusahkan si dia.

# Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

# Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

# Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.

# Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

# Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

# Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

# Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

# Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

# Jangan sesekali membandingkan dia dengan sesiapa sahaja. Lelaki cukup pantang dalam hal ini!

Selamat mencuba...


Wednesday, September 29, 2010

Harap Korang Bahagia

Aku tak tahu la samada semua dah tahu ke belum pasal perkara ni. Tapi aku rasa perkara ni sangat-sangat memberi impact yang cukup mendalam kepada saudara-saudara kita di pantai timur. Tapi saja aku nak mention kn kt sini.. berita gembira, mesti kena share kn? walaupun aku bukan orang sana, tapi aku tumpang gembira..

Kepada rakan-rakan serta taulan aku yang berada di negeri Penyu aka Terengganu, aku ucapkan tahniah dan semoga korang semua gembira dengan khabar berita ini. Terengganu dah ada pawagam!!! mesti korang dah tak perlu nk susah payah pergi tempat lain semata-mata nk tengok filem..berita ini aku amik dari kosmo hari ni.. kredit kepada kosmo online.

baca kt bawah ni..

--------------------------------------------------------------------------------

Panggung pertama di Terengganu


SELEPAS sekian lama Terengganu sepi tanpa sebuah pawagam, TGV Mesra Mall dibuka atas permintaan ramai.


JIKA sebelum ini penduduk Terengganu perlu memandu jauh sehingga ke negeri-negeri jiran untuk menonton filem-filem menarik, kini mereka tidak perlu bersusah payah dengan adanya panggung wayang baru yang mula beroperasi 25 September lalu di Kemaman.

Pawagam terbaru berkenaan yang mempunyai lima panggung dengan 780 tempat duduk, dibangunkan di dalam pusat beli-belah serba moden iaitu Mesra Mall yang bernilai RM100 juta serta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV ingin membekalkan semua orang termasuk pelancong dengan pengalaman menonton filem yang menghibur dan menyeronokkan.

"Dengan pembukaan multipleks ini, penduduk Kemaman kini boleh menyelami keseronokan menonton wayang yang dijanjikan oleh TGV Cinemas," katanya.


FILEM-FILEM terbaru yang ditayangkan di TGV Mesra Mall.


Menurut beliau, TGV Mesra Mall menampilkan reka bentuk serba baru dan kontemporari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha TGV Cinemas untuk menarik minat golongan muda.

"Wajah baru ini diperkenalkan pertama kali sempena pembukaan multipleks Wangsa Walk April lalu yang mendapat sambutan menggalakkan.

"Reka bentuk yang menitikberatkan keselesaan penonton dan memperlihatkan persekitaran berasaskan gaya hidup serta ruang menunggu yang lapang akan membuatkan penonton berasa santai sementara menunggu tayangan filem bermula," katanya.

Mesra OKU

Tambahnya, tempat duduk dalam pawagam memberikan ruang antara tempat duduk yang lebih lebar dan ruang letak kaki yang lebih panjang untuk menjamin keselesaan pengunjung.

Ujarnya, multipleks itu juga menitikberatkan golongan kurang upaya (OKU) dengan menyediakan keperluan tandas yang direka bentuk khas untuk mereka termasuk laluan bagi kerusi roda dari foyer ke pawagam.

"Kami cuba menyediakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawagam bukan sahaja sekadar menonton wayang tetapi untuk bergembira bersama insan tersayang," katanya.


Mesra Mall di Kemaman menjadi lokasi panggung wayang pertama di Terengganu.


Sebagai menghargai sokongan penonton di Terengganu, sempena pembukaan TGV Mesra Mall baru-baru ini, TGV memberikan ganjaran tiket percuma untuk dua sesi pertama tayangan pada hari pembukaan. Sebanyak 1,000 tiket habis diberikan kepada pengunjung pada 25 September lalu.

Selain itu, mereka yang membeli set kombo pula mendapat minuman Coca-cola atau F&N Seasons Soya dalam tin secara percuma.

TGV Cinemas adalah pemilik dan pengendali pawagam multipleks terulung di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah utama di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Setakat ini TGV sudah mempunyai 15 multipleks dengan 114 skrin dan hampir 23,000 tempat duduk.


happy ending..hehe


Adakah ini Tekanan Perasaan?


Hari ni bagi aku sangat-sangat mencabar...
aku perlu mengawal perasaan..
bermacam-macam jenis perasaan..
perasaan risau
perasaan takut
perasaan gembira
perasaan keliru
dan pelbagai lagi jenis perasaan.

aku perlu kawal..
kalau tak kawal..
parah jadinya..
sabar
sabar

Moga-moga semuanya boleh diselesaikan secepat mungkin..
tak suka ada pelbagai perasaan macam ni..


Nice!! Emoticon War

This video is so awesome..





Tuesday, September 28, 2010

Pepsi Commersial: Pepsi for New Generation

Masa aku saja-saja cari video clip dalam you tube, aku terjumpa video iklan ni.
aku tak pernah tgk pun iklan ni sebelum ni
enjoy!!

Iklan pepsi Micheal Jackson.



Bengang


aku memang bengang and hangin!!

Aku bengang dengan sesetengah orang yg suka-suka ati jer nk wat apa yg dorang suka, dah la tak fikirkn pasala orang lain langsung. Ingat org lain ni ape? tunggul ke? nak bawak kemana pun bawak je tak perlu gtaw or inform apa-apa dulu? orang lain ada hati, ada perasaan gak..

ingat suka ke wat macam tu? patut la ada orang yg lari dari dorang, pastu nk salahkan orang tu pulak. patutnya taw n paham masalah tu dari dorang sendiri...jangan nak blame kn orang lain..

Tak pe-tak pe, time ni kita ikut dulu, semua sebab terpaksa, tapi tunggu lah.. dah sampai masa, bila dah tak nak jumpa nanti jangan nak blamekan plak.. paham la.. kalau sape-sape pun tak akan tahan la dilayan macam tu..

Bengang!!!





Congrats and Wishing you all the best


Hey there My Girl, starting next month, you will start a new phase in your life. no more lepak-lepak and jalan-jalan. hope you will gain a new and best experience and please make sure you enjoy it. okay?

Cheer up and put up your genuine smiley face. i wish you all the best and good luck with your job.

This entry is specially to you Noor Azureen.

p/s : to all my friends that have started working, gud luck too ... and..
jgn lupa belanja aku


Memang Klasik

Setelah beberapa ketika mencuba...
akhirnya aku dan azue dah dapat solution..
aku tak boleh guna new yahoo mail
tp kena guna yahoo mail classic..
macam apa ja yahoo mail ni
wat aku panas
membuak-buak darah aku
dah la aku dah lama tinggal yahoo mail classic..
nk kena adapt balik semua function and button
ini tak termasuk dia punya GUI lagi..
memang klasik ar aku ckp..
huhu...

ok lah, aku nk belajar yahoo mail classic ni...
adioz


p/s : kredit to my dear azue sbb tolong settlekan..
thanx so much


Monday, September 27, 2010

Yahoo! mail: Not The best web-based email!


Yahoo mail aku benggong ...
tensen betol aku
aku pun tak tahu apasal jadi macam ni..
tiap kali aku nk baca emel tak boleh..
jadi hanged
kalu masalah laptop aku boleh la aku relax sket,
tp ni buka kt mana-mana pc pun jadi benda yg sama
geram tol aku..
pe masalah dengan emel aku pun ni xtaw..
Masuk ni da hampir 3 minggu dah aku tak dapat reply emel,
kadang-kadang tu aku nk baca emel pun tak boleh,
klik ja kt emel, bape puluh kali klik pn still no respond..
kadang-kadang je boleh baca..
tp setakat boleh baca jerla..
nak reply tak boleh...
tp bila klik sign out, boleh plak

kenapa macam ni?
hampeh tol yahoo mail ni..
argh!! geram-geram
any advise to overcome this problem?


Thursday, September 23, 2010

Almost Five Days


Salam...
aku sudah kembali ke USM,
dah hampir 5 hari,
tapi masih tak ada mood untuk update apa-apa..
kenapa?
sebab aku malas?
sebab aku tak ada idea?
sebab aku bosan?
kenapa?
kenapa?




Tuesday, September 14, 2010

Jagalah Hati


PASANGAN adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.

Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

Penulis berminat untuk berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, ujarnya; "Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu". Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga.

Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik.

Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.

Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti 'sayang' atau 'abang' digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.

Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.

Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.

Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.

Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.

Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.

Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.

Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.

Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.

Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.

Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.

Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.


taken from utusan online
p/s: sesuai kepada lelaki dan perempuan...

Tuesday, September 07, 2010

Salam Aidilfitri 1431H


Cuma tinggal 2 hari lagi menjelang Syawal...
Disini..
saya, Ezal R ingin mengambil kesempatan mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
2010 bersamaan 1431H
Mohon Maaf Zahir Batin

kepada suma yang mengenali saya secara langsung atau tidak langsung..
sekiranya terdapat salah atau silap,
mohon dimaafkan..

Sama-sama kita memohon kemaafan
kepada semua juga kepada yang Maha Esa
dan semoga raya tahun ini lebih bermakna


Peace for All!!

p/s : mohon maaf tak semestinya masa raya je.. sebaik-baik nya setiap hari...MySpace


Travis McCoy ft. Bruno Mars - Billionaire





[Bruno Mars]
I wanna be a billionaire so fricking bad
Buy all of the things I never had
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the Queen

[Chorus]
Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire

[Travis "Travie" McCoy]
Yeah I would have a show like Oprah
I would be the host of, everyday Christmas
Give Travie a wish list
I’d probably pull an Angelina and Brad Pitt
And adopt a bunch of babies that ain’t never had sh-t
Give away a few Mercedes like here lady have this
And last but not least grant somebody their last wish
Its been a couple months since I’ve single so
You can call me Travie Claus minus the Ho Ho
Get it, hehe, I’d probably visit where Katrina hit
And damn sure do a lot more than FEMA did
Yeah can’t forget about me stupid
Everywhere I go Imma have my own theme music


[Chorus]
Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire

[Travis "Travie" McCoy]
I’ll be playing basketball with the President
Dunking on his delegates
Then I’ll compliment him on his political etiquette
Toss a couple milli in the air just for the heck of it
But keep the fives, twentys completely separate
And yeah I’ll be in a whole new tax bracket
We in recession but let me take a crack at it
I’ll probably take whatevers left and just split it up
So everybody that I love can have a couple bucks
And not a single tummy around me would know what hungry was
Eating good sleeping soundly
I know we all have a similar dream
Go in your pocket pull out your wallet
And put it in the air and sing

[Bruno Mars]
I wanna be a billionaire so fricking bad
Buy all of the things I never had
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the Queen
[Chorus]
I wanna be a billionaire so frickin bad!


p/s : love this song... so cool!!!...
nice song...

Jalan-Jalan Cari Tempat Berbuka

Hari ahad yang lepas aku & azue berkesempatan ke Gurney Plaza untuk shopping - shopping sikit ( aku je yang shopping sikit, azue shopping banyak). Then bila tiba masa nak berbuka puasa, aku and azue cari tempat nak berbuka, aku masa tu memang tak ada idea langsung nak berbuka puasa kat mana sebab dalam kepala otak aku cuma fikir tempat -tempat yang dah biasa berbuka puasa macam McD, KFC, A&W dan seangkatan dengannya.

Azue ni pulak laen sikit, memang banyak jer idea tempat-tempat nak makan (biasalah...orang yang kuat makan).So, tempat pertama kitorang pergi, chillis...time kitorang pergi tu orang tetiba ramai pulak..so, tak jadi, ( pergi nak tengok menu jer pun sebenarnya ), then, tempat kedua, Breeks....kat sini masa tengok menu makan masa punya la lama, menu macam best... tapi tak jadi jugak sebab set makanan yang kitorang nak tu tak ada untuk hari tu... Then, last tempat, Secret Recipe.....kat sini jugak hampir-hampir tak jadi, tapi sebab nak cuba set menu yang baru untuk berbuka puasa, kitorang decide makan kat secret recipe jer...

Dan, menu-menunya adalah....(jeng, jeng, jeng...) hahah..

Ini bukan menu, cuma sekadar hiasan..

Inilah set makanan yang kitorang pilih
(2 biji Popia + Set Nasi + Brownies + 2 biji Kurma + Refreshing syrup )

Brownies coklat...sedap!!

Grilled Chicken Mushroom & Grilled Chicken Blackpepper... pun sedap!!!

Ni pulak Azue masa menunggu makanan..
tengah terbayang benda yang nak dimakan nanti
(dengan muka lapar)


p/s 1 : Jat and the member dah ikut cuba set makanan ni masa berbuka tadi dan keputusan dorang, SEDAP!!....(cuma nasi goreng secret recipe tawar sikit)hehe

p/s 2 : menu hari ini untuk aku dan azue adalah di McD.. mencuba menu baru, Big Spicy Chicken McDeluxe Mac...tinggi burger die....


Sunday, September 05, 2010

Aidilfitri Ads 2010 By TV3 / Iklan Raya 2010 oleh TV3

Setiap tahun kita mesti akan tertunggu-tunggu iklan-iklan raya kt tv kan? Mana tidaknya, iklan-iklan tu membawa makna yang cukup mendalam dan kadang-kadang dapat memberi keinsafan kepada penonton, tak kiralah umtuk perayaan apa sekali pun, Aidilfitri ke, Tahun Baru Cina ke atau Krismas.

Selalunya iklan oleh Petronas sangat mendapat perhatian kerana memberi kesedaran kepada penonton serta sangat menarik apabila disampaikan, tetapi untuk tahun ini, TV3 telah menyiarkan iklannya yang boleh dikira sangat kontroversi.

Apakah yang cuba disampaikan TV3 ? Nak masukan nilai 1Malaysia ke? Tp sesuai ke? Bab agama dan kaum adalah perkara yang berbeza... Renungkan lah.

Kat bawah ni iklan TV3 tersebut.





Scene 1 -
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

  • Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
  • Buku - Bible
  • Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
  • Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
  • Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
  • Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
  • Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 -
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

  • Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
  • Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
  • Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
  • North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 -
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

  • Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
  • Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
  • Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
  • Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

Scene 5 -
Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

  • Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
  • Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
  • Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 -
Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

  • Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 -
Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

  • Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 -
Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

  • Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
  • Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 -
Beca terbang merentasi sebuah pulau.

  • Pulau - Singapore lah.

Scene 10 -
Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

  • Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
  • Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 -
Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

  • Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
  • Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

p/s : kat bawah ni ada beberapa komen yang ditujukan kepada iklan tv3 ini dari tiub awak (baca youtube).

PutraUiTM - Memohon agar iklan tersebut di tarik keluar atau digantikan dengan iklan lain, sementara masa masih ada. Mesej yg saya nampak pada iklan tahun ni jauh menyimpang dari mesej asal. Mengandungi unsur Xmas (kereta luncur) dan Tahun Baru Cina (bungan Lotus). Mungkin pendudk Melayu tidak kisah jika perayan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini disambut serentak dengan Krismas or CNY ..... tp memang tidak pun . Sekira berlaku serentak, kita mungkin boleh terima.

ibnunarsim - TV3, tolong jangan samakan Islam dengan agama lain. TV3 cuba bawa mesej 1Malaysia dalam iklan raya ni, tapi sebenarnya agama tidak boleh 'di1Malaysiakan'. Siapa pengarah iklan ni? Muslim atau kafir? Mesej yang nak disampaikan adalah bagus iaitu 'satupadu' tapi tidak kene pada tempatnya. Islam itu sangat suci, jangan samakan dengan agama lain. TV3 tolong batalkan iklan ni, jaga reputasi anda, contohi iklan raya Petronas..


info - copy from http://www.facebook.com/note.php?note_id=157354100942520

Wallahualam...

A story of a man named Ahmadinejad

Found from somewhere and I would like to share it will all readers.

Mahmoud Ahmadinejad, The Iranian President.

Here is a picture of Ahmadinejad, not necessary for people to know but it certainly will make people gape and amaze.


1. When he first became the Acting President, he donated the entire Palace of Iranian’s carpets that are very high in value to the mosques in Tehran and replaced it with ordinary carpets that are easy to clean.

2. He found out there was a very large area for the VIP guests to be addressed so he gave order to close the room and asked the protocol to replace it with a regular room with two wooden chairs, though simple it is still look impressive.

GAMBAR PRESIDEN IRAN, MAHMOUD AHMADINEJAD

3. He spent many time to chat with the house and office’s cleaners.

4. Under his leadership, when he asked all his minister to come to him, all the minister will receive a document signed by him which contain orders from him. While stating the orders, he also stressed on having simple life to all his ministers and he even mentioned about their personal accounts or relatives will be monitored until their last time of working and they can leave the ministry with pride.

5. His first step was that he announced the wealth and properties which consists the Peugeot 504 in 1977, a legacy of his father's modest home 40 years ago in Teheran. His bank account is totally low and the only money coming into the accounts is the monthly salary.

6. His salary as a professor at a university is only worth U.S. $ 250.

7. For additional information, the President still lives in his house. That's all that he has as being a president of a country that is important in terms of economic, strategic, political, including oil and defense. He also does not take his salary. The reason is that the wealth is owned by the state and he is assigned to take care of it.

8. One thins that makes the staff of the ministry impressed is that the president often carrying bags which filled with breakfast; sandwiches or cheese sandwiches prepared by his wife and he ate them with joy. He has also stopped the providing breakfast for the president.

9. Other thing that he changed was the policy of the Presidential Aircraft, he changed into the aircraft cargo which can save community tax and for himself, he asked to fly in economy class by using normal plane.

10. He often held meetings with his ministers to get info about the activities and efficiency that has been done, and he also cut out the palace protocol so that the ministers can go directly to his office without any obstacles. He also stop the habit such as red carpet ceremony, photo session, or self-publishing, or things like that when visiting various places in the country.



GAMBAR PRESIDEN IRAN, MAHMOUD AHMADINEJAD

11. When he is supposed to stay at the hotel, he will ask for the room that is not too big and without bed because he does not like to sleep on the bed, but prefers to sleep on the flour coated with carpets and blankets. Is the behavior lowered his position as a president? President of Iran will sleep in the living room of his house after the last guard that always follow him dismiss.

According Wifaq newspaper, this image was taken by his brother, and then publicized by news and media around the world, including America.

GAMBAR PRESIDEN IRAN, MAHMOUD AHMADINEJAD

12. Throughout the prayer, you can see that he was not sitting in the front row.

GAMBAR PRESIDEN IRAN, MAHMOUD AHMADINEJAD

13. Even when a voice call to prayer rang out, he immediately worked it out wherever he was even only with cheap carpet.

GAMBAR PRESIDEN IRAN, MAHMOUD AHMADINEJAD

GAMBAR PRESIDEN IRAN, MAHMOUD AHMADINEJAD


Wallahualam...

p/s : thanx and credit to Azureen for translating process...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...