Friday, December 31, 2010

Entri Terakhir

Kepada semua,

aku nak umumkan bahawa

entri ini adalah entri terakhir untuk tahun 2010

So, 

aku disini nak mengucapkan 

Happy New Year 2011

and 

I wish that all our wishes are fulfilled this year..


Thursday, December 30, 2010

Layanan Yang Sangat Tidak Adil Indonesia Kepada Malaysia

Cuba korang baca dulu petikan akhbar dibawah ni then korang bagi pendapat korang. Wajar ke tidak wajar?


KECEWA dengan lokasi tempat duduk dalam Stadium Gelora Bung Karno serta faktor risiko keselamatan, antara 150 hingga 200 penyokong Malaysia menonton dalam protes final kedua Piala Suzuki AFF di layar besar di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, malam tadi.
Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor, Mohd Nasir Yunus, 55, yang mengetuai rombongan penyokong pasukan bola sepak Malaysia, berkata kumpulan penyokong negara yang tidak ramai jumlahnya sudah menempah tiket di tempat duduk VIP, tetapi mereka diberikan tempat duduk di belakang gawang gol di pintu II.

Mereka juga diletakkan di tengah-tengah penyokong Indonesia dan berasa tidak selamat untuk berada dalam stadium menonton perlawanan bagi menyokong pasukan Malaysia.
“Kami amat kesal sekali. Kami berasa kami dianak tiri, disisih dan tidak diberikan keadilan sewajarnya. Setelah mengambil kira faktor keselamatan dan perbincangan dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia serta persetujuan anggota rombongan, kami mengambil keputusan menonton perlawanan itu dalam protes di Kedutaan Besar Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia.

Mohd Nasir berkata rombongan itu membabitkan kira-kira 60 penyokong yang datang dari Malaysia dan protes mereka itu turut disertai penyokong negara yang berada di Jakarta.

“Kumpulan kami tidak ramai, tidak ada masalah jika kami diberikan tiket di tempat duduk VIP,” katanya.-Harian Metro


Malaysia kecewa layanan tuan rumah terhadap pasukan kebangsaan kita 

MEMANG 'unik' layanan tuan rumah, Indonesia kepada skuad kendalian K Rajagobal yang bertandang ke Jakarta sehari sebelum perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno yang berlangsung malam tadi.


“Saya tidak tahu apa salah kami sehingga dilayan begini,” kata Rajagobal.
“Ketika Indonesia berkunjung ke Kuala Lumpur, kami melayan mereka dengan baik dan memastikan semua persiapan berjalan lancar. Bagaimanapun saya menerima keadaan ini dan tetap akan bermain dengan semangat tinggi.” 

Komen itu berikutan ragam segelintir penyokong tempatan mengibarkan kain rentang menghina Rajagobal dan skuad negara ketika berlatih di hotel penginapan, kelmarin. 

Pada awalnya penganjur menyediakan padang latihan yang sering digunakan pasukan kebangsaan Indonesia untuk skuad Rajagobal, tetapi kerana terlalu ramai penyokong tempatan menanti pada hari terakhir sebelum perlawanan sebenar itu, lokasi latihan ditukar ke gelanggang lain. 

Gelanggang alternatif itu terletak di Lebak Bulus, Jakarta Barat yang mengambil masa lebih sejam untuk sampai sekiranya jalan sesak. Dalam perjalanan ke sana, lalu lintas terlalu sesak dan bas skuad negara terpaksa berpatah balik. 
Harimau Malaya turun menghadapi final kedua tanpa latihan sebenar, sebaliknya hanya memanaskan badan dan berlatih ringan di kawasan berumput kecil di tepi kolam. -Berita Harian



(Masih ada banyak berita macam ni, tapi ini jer yang aku dapat tunjukkan..kalau rajin, korang boleh cari sendiri )


p/s: sangat susah kalau kita nak bercakap atau berbincang dengan Indonesia, bila kata mentaliti rendah dan tidak ada semangat kesukanan, mereka melenting. Mana tidaknya, mereka dilayan sangat baik dan mesra disini, tak ada provokasi apa-apa sampai membahayakan pemain mereka tapi bila turn kita main disana, bermacam-macam skuad kebangsaan kita perlu harungi sehinggakan kita turut difitnah mengatakan kita bermain kotor untuk menang. Tapi, siapa yang bermain kotor sebenarnya? ada ke pasukan mereka perlu diiringi dengan kenderaan kebal/perisai yang diberi nama barakuda atau senagkatan dengan nya..? tak ada kan? kita melayan mereka dengan cukup baik kerana mereka adalah tetamu negara, tapi apabila kita disana, kita dilayan seperti penjenayah..Ape kes!!??


Siapa yang tak ada semangat kesukanan? Kunun Presiden suruh kuatkan semangat kesukanan, tapi itu semua bukan semangat kesukanan, itu kebencian.. Apa yang Indonesia tak puas ati lagi?? kalau kalah tu, mengaku kalah aje la.. jangan nk cari alasan n sengaja buat provokasi..ORANG MALAYSIA ORANG BERTAMADUN LAA...( aku panas tol!!)


Lagi satu, pihak berkuasa disana.. tidak mengambil tindakan langsung kepada yang mengganggu skuad Malaysia dengan bermacam-macam provokasi malah jurulatih Malaysia di keji... huh!! Sekurang-kurangnya skuad Malaysia SEMUAnya rakyat Malaysia dari kecik atau bahasa mudahnya.. orang tempatan.. ok?


GERAM!!!! huhu 

Harimau Malaya atau Harimau Malaysia?

Belia Sabah mahu digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau Malaya

TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia". 
Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.
"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak. 
"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya. - BHarian


Pada aku tidak menjadi masalah apa pun tengtang penggunaan nama Harimau Malaya, sejak dari dulu lagi nama Harimau Malaya digunakan. Malah, dari kajian aku sendiri nama Harimau Malaya ini diambil sempena spesies harimau iaitu Panthera tigris jacksoni  atau dalam bahasa inggeris nya ialah Malayan Tiger (Harimau Malaya) dan juga dikenali sebagai Harimau Belang.

Kita bukan nak mengetepikan Sabah dan Sarawak. Ini cuma gelaran kepada skuad kebangsaan kita dan jika Harimau Malaysia digunakan, ikon atau maskot Harimau Malaysia wujud ke? 1 Malaysia tetap 1 Malaysia. tidak menjadi masalah kerana kita sebagai rakyat Malaysia ada tanggungjawab masing-masing untuk terus bersatu dan memajukan negara.

So, aku sarankan kita tak perlu menukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Itu tetap pasukan kebangsaan Malaysia termasuk juga sabah dan sarawak..

ok? no heart feeling okeh? : )

p/s: ini cuma pendapat aku, pendapat korang macamana pulak?

Malaysia Boleh!!

Jagalah Kemaluan Anda Dengan....



Haha.. Tajuk tak boleh blah... kepada sesiapa yang otak karat kekuningan sikit tu mintak maaf lah yer.. entri ini bukan kearah kemaluan itu, tapi kemaluan lain..


Jom kita tengak cara-cara nak cover malu..:



1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak.. 


2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak... 


3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus... 


4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.... 


5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda.... 


6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula.... 


7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?.... 


p/s: kredit kepada owner info sebenar..

Wednesday, December 29, 2010

Garuda Tumbang!!! Syabas Harimau Malaya!!


WE ARE THE CHAMPION!! 

Tahniah dan syabas kepada pasukan kebangsaan Malaysia Harimau Malaya, kerana berjaya mempertahankan cengkaman maut terhadap si Garuda seterusnya menumbangkan Garuda. Walaupun entri aku kali ini agak terlewat kerana meeting yang aku kena hadir, aku tetap bersemangat, bergembira dan bersyukur kerana tahun 2010 ini Harimau Malaysia berjaya menamatkan kemarau selama 14 tahun tanpa Piala Suzuki.

Kini, Malaysia telah kembali kepada landasan untuk menjadi antara pasukan terkuat di rantau Asean dan mudah-mudahan Malaysia terus maju dan terus berjaya. Amin!!


Disini aku nak komen sikit tentang permainan sebentar tadi, Malaysia banyak menerima tekanan dari Indonesia namun tetap berjaya menyerap semua tekanan. Bagi aku, permainan Malaysia malam ini bagus tetapi kurang agresif jika dibandingkan ketika di Stadium Bukit Jalil. Bagi aku memang terbaik lah malam tu!!

Aku tak nak panjang-panjangkan sangat entri ni, so sekali lagi aki ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya!! Syabas kepada kalian semua!! both team played a good game..

Kepada Indonesia, cuba lagi pada kejohanan yang akan datang, dan aku disini juga nk ucapkan syabas kepada pasukan Garuda kerana memberikan permainan yang menarik.



p/s: kepada media indonesia pula, aku harap mereka tidak megkambing hitamkan apa-apa lagi dan terima lah kekalahan dengan hati yang terbuka dan berfikiran matang..

p/s: aku dengar-dengar jumaat ni 31 Disember 2010 telah diisytiharkan sebagai cuti umum sebagai hadiah berjaya memenangi Piala Suzuki AFF 2010. Confirmed!!! Yeah!! thanx PM.

Harimau Malaya Pasti Akan Patahkan Sayap Garuda Lagi


Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk Malaysia dan Indonesia berentap dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Bung Karno. Aku harap perlawanan kedua ni tak dicemari dengan insiden-insiden yang boleh mencacatkan perlawanan. Kepada penyokong Malaysia dan Indonesia, diharap semuanya dapat mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi.

Kepada readers blog ini, korang sokong pasukan mana dan berapa score yang korang rasa akan terhasil malam ni?

Aku sah-sah la jadi penyokong Malaysia, bak kata orang "Tanah Tumpahnya Darah"..hahha. Malam ni aku rasa Malaysia akan sekali lagi menang tetapi mungkin jaringannya kurang dari perlawanan akhir pertama haritu. Mungkin 1-0 dan mugkin juga 2-1.

Jadi, kepada semua penyokong pasukan Malaysia, jom sama-sama malam ini kita bagi sokongan yang mantap (baca: walaupun tak dapat pergi Stadium Bung Karno).

HARIMAU MALAYA AKAN PATAHKAN SAYAP GARUDA!!

MALAYSIA BOLEH!!! 

Kemeriahan Bola: Jangan Sampai Kita Lupa Kepada Isu Palestin

Sekarang ni Malaysia dan Indonesia begitu meriah dengan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010. Tak kira besar atau kecik, semua tahu tentang bola. Tetapi kita sebagai umat Islam, jangan lah sesekali kita lupa kepada saudara kita yang sedang berperang menuntut hak mereka dan umat Islam di Palestin.

Kita boleh bersorak untuk pasukan kebangsaan, tetapi jangan sampai kita alpa.

wallahualam~~

Gaza ingati detik sekatan dimulakan


KANAK-KANAK Palestin semalam menyertai protes (atas) sempena ulang tahun kedua dua serangan Israel terhadap  Semenanjung Gaza pada 27 Disember 2008.

Serangan Israel 2 tahun lalu ragut 1,419 nyawa 
SEMENANJUNG GAZA: Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza kelmarin menandakan ulang tahun kedua serangan besar-besaran Israel pada 27 Disember, 2008 selama tiga minggu ke atas wilayah itu, yang membawa kepada sekatan ke atas semenanjung kecil berkenaan seluas 40 kilometer panjang dan 10 kilometer lebar.  
Serangan itu mengakibatkan kira-kira 1,419 rakyat Palestin terkorban dan beribu-ribu hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah.


Beratus-ratus keluarga penduduk Gaza kini tinggal di tempat penempatan dan khemah akibat sekatan itu, yang melarang bahan binaan dibawa masuk ke Gaza, yang mempunyai kira-kira 1.5 juta penduduk yang tinggal dalam keadaan sempit di sebuah kawasan kira-kira 400 kilometer persegi, menjadikannya salah sebuah kawasan padat dengan penduduk di dunia. 
Israel memutuskan untuk menyerang dalam usaha ‘menghalang roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza oleh militan Palestin terhadap wilayah didudukinya’. 
Bagaimanapun Hamas, pergerakan yang memenangi pilihan raya Parlimen Palestin pada 2006 dan kemudian merampas Semenanjung Gaza daripada lawannya, Fatah, satu puak yang diketuai Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas pada 2007, menafikan dakwaan Israel itu. 
Israel sejak bertahun-tahun sudah menyekat kemasukan dan keluar penduduk dan barang dari Gaza, tetapi ia meluaskan lagi sekatannya itu pada Jun 2007, selepas Hamas berkuasa, bagi menyingkirkan pergerakan berkenaan. 
Penduduk Gaza menyertai beberapa acara untuk memperingati ulang tahun berkenaan. 
Di utara Semenanjung Gaza, ramai rakyat Palestin bersama-sama dengan sesetengah anggota parlimen Hamas dan puak kebangsaan pemimpin Palestin lain, berkumpul untuk menghormati kematian syahid rakan mereka dengan menanam pokok palma dan zaitun dengan meletakkan gambar mereka. 
“Projek itu dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian yang dikuasai Hamas dan Pihak Berkuasa Alam Sekitar Gaza, bertujuan menanam 100,000 pokok palma dan zaitun dan jumlah ini mewakili bilangan mereka yang mati syahid yang dibunuh oleh kekerasan Israel sepanjang sejarah Palestin,” kata Pengerusi Pihak Berkuasa Alam Sekitar Gaza, Dr Ibraheem Youssef. 
Di kawasan Ezbit Abed Rabbo, di mana beratus-ratus rumah dibom dan kemudian dirobohkan, anggota Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP) menunjuk perasaan dengan menyalakan lilin sebagai satu bantahan terhadap ketiadaan keadilan antarabangsa. 
Sementara itu, militan bertopeng dari puak bersenjata Palestin memberitahu satu persidangan akhbar di sini bahawa mereka bersiap sedia bertindak balas jika berlaku sebarang ancaman daripada Israel. – Bernama 



p/s : Semoga rakyat palestin terus memperjuangkan hak mereka, dan kita sebagai saudara se-Islam juga perlu sama-sama membantu mereka dengan apa yang terdaya.. ALLAHUAKHBAR!!


Provokasi Indonesia Lagi


JAKARTA - Pihak media Indonesia ternyata begitu terdesak mencari isu baru bagi mewujud- kan provokasi terhadap pasukan Malaysia menjelang final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam ini.
Petang semalam ketika sidang media di Kementerian Negara Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia di sini, seorang wartawan Indonesia mengajukan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Soalan wartawan itu berbunyi: "Kami baru menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) bahawa FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) telah menjatuhkan hukuman denda AS$40 juta (RM123 juta) dan penggantungan empat tahun buat pasu- kan Malaysia kerana kesalahan pancaran laser."
Shabery yang tampak terkejut dengan isu terbaru yang cuba di- bangkitkan media Indonesia itu terpaksa menjawab soalan tersebut dengan berlapik.
"Cukup besar jumlah itu. Saya baru tahu berita ini. Saya kena dapatkan maklumat terperinci dahulu daripada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Jika benar, FAM pasti boleh merayu," kata Shabery.
Ternyata isu yang cuba dibangkitkan itu merupakan desa- kan terakhir Indonesia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dengan 'menghalalkan cara' setelah mereka tewas 0-3 pada final pertama Ahad lalu.
Ini kerana, jika benar dakwaaan mereka Malaysia digantung empat tahun, maka Indonesia akan diberi kemenangan percuma pada aksi final kedua malam ini dan di- isytiharkan sebagai juara.
Namun Kosmo! terus mendapatkan pengesahan segera dari- pada Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebaik tamat sidang media itu.
Menerusi SMS, Azzuddin berkata: "Ini pertama kali saya dengar berita ini. Ia merupakan provokasi. Jika benar tindakan diambil, ia perlu dilakukan AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN), bukannya FIFA. Ini kerana ia kejohanan anjuran AFF."
Sejurus kemudian, Shabery yang turut menghubungi Azzuddin bagi memperbetulkan kenyataannya pada sidang media tersebut.
"Saya telah semak dengan FAM dan mendapati perkara tersebut tidak benar. Ia hanya provokasi pihak tertentu bagi melemahkan semangat pasukan Malaysia," jelas Shabery.
Apa yang pasti, provokasi demi provokasi akan berterusan jika Malaysia berjaya dinobatkan sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010 malam ini.- KOSMO


p/s: kepada wartawan tersebut, kalau ia pun nak membuat provokasi dengan tanya soalan macam tu, biar lah berpada-pada sikit, denda yang dikenakan pun sangat melampau-lampau, lepas tu pulak, kenapa FIFA perlu melangkau AFF untuk mendenda Malaysia? FIFA macam mana pun kena la melaui prosedur, kena through AFF gak macam mana pun sebab kejohanan ni di bawah AFF.

Lagi satu, diorang kecoh-kecoh pasal Markus tu kena laser kat sini yang menyebabkan mereka kalah, kena la berfikiran rasional sikit( baca: sikit jer cukup, tak perlu banyak). Masa perlawanan peringkat kumpulan pun pemain Malaysia pun kena laser tu. Tak ada nk bising-bising sampai macam ni.

Bagi aku Indonesia kena menjamin keselamatan dan perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada orang yang suka provoke ni, Malaysia nak main kat sana pun tak senang (baca: masa training lagi lah).. Come on la Indonesia... Presiden pn suruh kekalkan semangat kesukanan, tapi rakyatnya? ish3.... tak tahu la macam mana nak kata lagi...

Nyway,
 MALAYSIA BOLEH!!!! MALAYSIA PASTI MENANG!!


Tuesday, December 28, 2010

Indonesia Sukar Terima Kekalahan?

Malaysia Guna Dukun Untuk Menang 3-0?

SEOLAH-olah tidak dapat menerima kekalahan sulung pada kempen Piala Suzuki AFF kali ini, Indonesia berselindung di sebalik pelbagai alasan, termasuk sinaran laser dan bomoh. 
Sinaran laser dikatakan punca pemain Indonesia hilang tumpuan, tetapi selepas jurulatih Alfred Riedl mengumumkan faktor itu bukan penyebab kekalahan pasukan kendaliannya, media Indonesia mula mencari alasan lain. 
Akhbar NonStop, membuka pekung di dada Garuda apabila merujuk kepada bomoh terkenal Indonesia ketika membuat dakwaan Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.

“"Kekalahan pasukan kebangsaan Indonesia sudah diramalkan ahli paranormal, Andi S Chalin,” lapor NonStop dalam berita utamanya. Penulis buku Bahasa Setan Dalam Perilaku Manusia itu meramalkan Indonesia akan tewas 3-0 kepada Malaysia. 
“Daripada pemerhatian mata batin saya, saya nampak kita akan tewas 0-3. Kita tewas bukan kerana pemain lemah, tetapi kerana ada unsur-unsur jampi paranormal Malaysia,” kata Andi kepada NonStop menerusi sms tiga hari sebelum final di Bukit Jalil. 
Malah selepas perlawanan akhir pertama kelmarin, Andi sekali lagi menghubungi akhbar berkenaan dan mendakwa ada ahli perniagaan Malaysia mendapatkan khidmat bomoh dari Thailand, China dan India. -Berita Harian


p/s : come on la... sekarang ni zaman moden, sama-sama orang Islam, tak kan lah sukar terima kekalahan sampai boleh berfikir macam ni? fikir lah cara orang bertamadun...  dan perlu diingat, perlawanan kedua masih ada. Jangan cetek sangat pemikiran.. ok? media-media disana jangan lah terlalu membuat provokasi ok.. jangan berlebih sangat..

Apa-apa pun aku harap esok, skuad bola sepak kebangsaan kita dapat membawa pulang piala suzuki untuk kejohanan kali ini. Diharap juga mereka terus mempamerkan permainan yang terbaik seperti di Stadium Bukit Jalil.  MALAYSIA BOLEH!!!



Sempadan Negara Yang Unik

Disini aku nak kongsikan beberapa gambar tentang sempadan antara negara yang aku rasa sangat menarik. Jom kita tengok..


Sempadan antara negara Netherlands (NL) dan Belgium (B). 
Terletak di tengah-tengah pekan. 
( boleh minum dan borak borak di kedua-dua buah negara dalam masa yang sama)


Sempadan antara Asia dan Russia.


Sempadan antara 3 buah negara iaitu Hungry (H), Romania (RO) dan Serbia (SRB).



Sempadan antara negara Republik Czech, Poland dan Slovenia

Tempat asal terletaknya tripoint yang memisahkan 3 negara.


Sempadan antara negara India dan Pakistan.
Hanya dipisahkan dalam 10 cm lebar garisan.


Sempadan antara negara Argentina, Brazil dan Paraguay. 
Dipisahkan oleh sungai yang bercabang.


Batu pemisah sempadan antara Scotland dan England.

Separuh dari ladang adalah Scotland manakala separuh lagi adalah England.


Plat di Middle Square sempadan antara Italy dan Republik Slovenia.
Juga terletak di tengah pekan.

Sempadan Italy dan Slovenia


Sempadan Italy dan Perancis.
Sempadan ini telah ditanda pada zaman kerajaan dahulu iaitu Perancis oleh, Bourbons manakala Italy diperintah oleh Haouse of Savoy.

Lambang kedua-dua kerajaan dahulu


Sempadan 3 negara; Hungry, Austria dan Slovenia



Tripoint sempadan Finland, Sweden dan Norway.


Sempadan Myanmar, Laos dan Thailand.
Juga dipanggil Segitiga Emas (Golden Triangle).


Sempadan Algeria ( bendera hijau putih) dan Magribi (bendera merah).


Salji yang memisahkan negara Kanada dan Amerika Syarikat.


Sempadan China dan Rusia.


Sempadan 2 negara yang bermusuh ketat, Cuba dan Amerika Syarikat.
(di Quantanamo) 


Sempadan China dan Korea Utara.


Sempadan Greece dan Turki.


Sempadan Sepanyol dan Portugal. 
Sepanyol adalah sebelah jalan yang berturap manakala Portugal adalah sebaliknya.


Sempadan negara yand dipisahkan dengan dinding konkrit. 
Dipahamkan ini adalah sempadan antara negara paling miskin di dunia dengan antara negara yang paling kaya.
Aku tak tahu bahasa arab, jadi aku xdapat kenal pasti negara mana.

Sharing is caring.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...